Tambah gadget pada blog (blogger)

Bagi sesebuah blog,mestilah kena ada sebuah interface yang boleh membuatkan orang tertarik dengan applictaion2,atawpon widget2 yang telah pon sedia ada dalam internet…bagi pengguna blogger,dan wordpress,memang di galakkan la nak pakai menda2 nih..siries…


Pertama, klik pada ‘Add a Gadget’. Kemudian, pilih satu daripada 19 gadget yang tersedia. Berikut adalah penerangan bagi setiap satu:

1. Blog List. Antara gadget yang paling menarik yang tersedia. Ia bukan sahaja untuk menyenaraikan blog yang kita pilih, bahkan kita boleh buat pilihan untuk papar artikel terkini blog tersebut, sedutan dari artikel terkini dan thumbnail dari artikel yang terkini. Ia memudahkan kita untuk mengikuti perkembangan blog pilihan kita. Juga boleh hadkan bilangan blog yang terpapar pada gadget.
2. Followers. Pasang gadget ini jika anda ingin senaraikan pengikut blog anda yang berdaftar. Pengikut-pengikut blog anda akan dipaparkan dengan gambar kecil dan pada gadget ini disediakan link untuk memudahkan pengunjung lain turut mengikuti blog anda.


3. Slideshow. Paparan slaid gambar-gambar yang anda pilih melalui kata kunci dari Picasa Web Album, Flickr, Photobucket atau image hosting yang lain.


4. Subscription Links. Gadget ini menyenaraikan beberapa kaedah ringkas untuk pembaca sentiasa mengikuti perkembangan blog dari semasa ke semasa.


5. Poll. Jika anda ingin melakukan survey di kalangan pembaca anda, gunakan gadget ini untuk anda paparkan soalan, pilihan jawapan dan tetapkan masa tutup bagi soalan tersebut.


6. List. Gadget ini adalah untuk memudahkan anda senaraikan apa sahaja pada blog anda. Boleh jadi anda ingin senaraikan azam tahun baru, senarai barang yang anda inginkan, senarai novel yang anda telah baca atau mungkin juga senarai tempat yang anda telah lawati dalam masa terdekat ini. Be creative!


7. Link List. Lebih kurang seperti di atas. Cuma ia khusus untuk senarai yang ada URL. Apa itu URL? Lihat di atas sana. Tulisan yang bermula dengan http:// dan diikuti dengan berbagai huruf dan nombor. Itulah URL.


8. Picture. Jelas, kan? Anda boleh pilih sama ada untuk memasukkan gambar dari komputer atau dari image hosting yang sedia anda ada.


9. AdSense. Secara ringkas, AdSense adalah iklan. Anda pasang AdSense pada blog anda, jika ada maklumat yang berkenaan pada tulisan anda, maka iklan yang berbayar akan terpapar. Sekiranya ada pengunjung yang klik pada iklan tersebut, maka anda akan mendapat bayaran daripada klik tersebut. Ia menggunakan sistem bayar setiap klik (PPC). (Anda perlu berdaftar sebagai Publisher untuk mula menggunakan sistem ini)


10. Text. Jelas, kan? Ia untuk anda masukkan sebarang tulisan pada ruang lain di blog selain ruang artikel yang biasa digunakan. Mungkin sekadar ucapan selamat datang, pengenalan diri atau mungkin alamat rumah dan maklumat akaun bank yang ingin anda kongsikan dengan pengunjung lain.


11. HTML/Javascript. Gadget yang paling banyak digunakan. Ini kerana, kebanyakkan gadget atau widget dari luar memerlukan anda untuk memasukkan kod-kod yang sukar untuk difahami. Di sinilah ruang untuk memasangnya. Ia boleh digunakan untuk hitcounter, galeri Flickr, MyBlogLog widget, dll.


12. Feed. Saya pasti gadget ini lahir terlebih dahulu sebelum Blog List. Ini kerana gadget ini adalah pecahan kecil kepada gadget Blog List. Masukkan alamat feed (Feed URL) pada ruang yang disediakan, maka tajuk blog ataulaman web yang anda pilih akan terpapar beserta tajuk artikel yang terkini dari blog atau laman web tersebut.


13. Labels. Sekiranya anda perasan, ketika anda menulis artikel, anda akan terlihat satu ruang yang tertulis ‘Labels for this post’. Masukkan beberapa perkataan dalam ruang tersebut, maka ia akan tersenarai pada gadget ini. Ia berfungsi untuk memudahkan anda dan pembaca menyenaraikan artikel yang berkaitan. Anda boleh susun label-label yang digunakan mengikut susunan huruf dan kekerapan penggunaan.


14. Newsreel. Google memudahkan pemilik blog untuk menyenaraikan berita-berita semasa mengikut kata kunci yang kita pilih.


15. Video Bar. Gunakan gadget ini untuk senaraikan video-video pilihan dari Youtube mengikut kata kunci yang kita tulis.


16. Logo. Terdapat senarai logo-logo Blogger untuk dipaparkan pada blog anda.
17. Profile. Gadget ini khusus untuk kita perkenalkan maklumat ringkas tentang diri kita. Nama, keterangan dan lokasi.


18. Blog Archive. Gadget ini membantu anda menyenaraikan artikel-artikel lama mengikut konfigurasi yang telah anda tetapkan. Anda boleh pilih sama ada untuk memaparkan mengikut hiraki bulanan atau mingguan, atau senarai biasa, atau menu dropdown.


19. Page Header. Tajuk blog dan keterangan blog. Anda juga boleh pilih untuk masukkan gambar sebagai latar belakang.


Ada sebarang kekeliruan? Kongsi pertanyaan anda di ruang komen.

0 comments:

Post a Comment

 
 

Nak tahu cara buat camni?
Klik sini sini (Info Blog)